Hikayat Sang Kancil & Monyet
Nyamannya suasana rimba di pagi
hari. Mergastua bergembira menikmati keindahan alam semula jadi. Di alam inilah
tinggalnya sang kancil yang bijaksana dengan sahabat karibnya kura-kura. Mereka
hidup rukun damai, bebas bergembira, tolong-menolong dan bekerjasama di taman peliharaan
mereka.
Kelihatan
seekor monyet berdekatan kawasan taman peliharaan sang kancil dan kura-kura. Sungguh
lincah si monyet, bergayutan ke sana ke mari. Megah dengan kebolehannya. Awas,
monyet! jangan ganggu ketenteraman penghuni yang lain.
Tiba-tiba monyet berhenti
bergayut dan memerhatikan sesuatu, apa pula yang dilihatnya? “Ranumnya
buah-buahan di sini. siapa punya agaknya?” kata monyet. “Oh, rupanya sang
kancil dan kura-kura.” Balas monyet sendiri selepas melihat sang kancil dan
kura-kura yang ada di situ. Begitu rajin mereka bekerja. bukan seperti engkau
monyet.
Lantas itu,
monyet bergerak ke arah sang kancil dan kura-kura sambil memegang perutnya. eh,
ini mesti ada apa-apakan monyet? “Tolong, tolong! dah empat hari aku tak makan.
Tolonglah, berikan aku sedikit makanan. kasihanlah aku.” Monyet berpura-pura
sakit di depan dua sahabat baik itu. Sang kancil dan kura-kura saling berpandangan,
lalu sang kancil berkata, “kesiannya, empat hari tak makan. Baiklah monyet. Ambil
sajalah apa yang engkau nak dari taman kami. Makanlah sepuas hati engkau
monyet.” Sang kancil yang begitu prihatin dengan kesakitan yang dihadapi monyet
menghulurkan bantuan. “Terima kasih kancil, terima kasih kura-kura.” Ujar
monyet setelah berjaya memperdaya sang kancil dan kura-kura.
“Aku
nak itu, aku nak itu!” pinta monyet dalam nada mendesak, sambil jarinya menuding
ke arah pokok cili yang nampak menarik itu. “Eh, tak boleh monyet. kita tak
boleh makan buah tu.” larang sang kancil sambil dibantu kura-kura di
sebelahnya. “Aku tak peduli, aku tak peduli, aku nak juga.” Monyet yang tamak
dan degil itu masih berkeras mahu mengambil cili itu untuk dimakannya. “Jangan
monyet, jangan!” belum pun sempat kancil menghabiskan ayatnya, monyet telah mengambil
cili itu lalu memakannya beberapa batang sekali gus. Apa lagi, terasa berapi
dan merah muka monyet akibat kepedasan yang melampau. “Ha, rasakan engkau
monyet. Beginilah jadinya mereka yang tidak menerima nasihat orang.” Ujar
kura-kura yang geram melihat kedegilan monyet.
Selang
beberapa hari kemudian, sang kancil dan kura-kura bersiar-siar di taman peliharaan
mereka. “Apa khabar pula dengan si monyet?” bicara sang kancil kepada
kura-kura. “Kasihan, ingat-ingat monyet. jangan diulang lagi." Kata
kura-kura yang terlihatkan monyet yang masih berada di situ.
Pengajaran:
1. Jangan tamak
2. Mendengar nasihat orang lain
3. Jangan berdendam
0 komentar:
Posting Komentar